12 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Mac 2019)

923

Berikut adalah merupakan sebahagian data tumpuan penting yang akan menjadi perhatian pasaran sepanjang minggu ini.

Data Indeks Harga Pengeluar (PPI) di Eropah (Isnin 6.00 Petang): Data PPI untuk zon Eropah dijangka akan mencatatkan peningkatan berikutan bacaan PPI di Jerman dan Perancis yang kukuh.

Penetapan Kadar Faedah di Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% untuk tempoh masa yang agak panjang melebihi dua tahun lalu. Pasaran akan memberi perhatian terhadap kenyataan Gabenor Philip Lowe berkenaan dasar monetari dan unjuran bank pusat.

Data PMI Perkhidmatan UK (Selasa 5.30 Petang): Data indeks pesanan pembelian melonjak dalam laporan untuk sektor perkhidmatan dan yang terbesar di UK. Bacaan hanya turun 50.1 mata pada Januari dan berkemungkinan dijangka akan turun 50.0 mata. Penguncupan dalam sektor ini akan mencerminkan peningkatan kebimbangan terhadap Brexit.

Data Jualan Runcit di Zon Eropah (Selasa 6.00 Petang): Jangkaan pasaran pada angka bacaan bakal meningkat namun kejatuhan jualan runcit di Jerman akan turut mempengaruhi data kali ini.

Data PMI Bukan-Perkilangan ISM di Amerika Syarikat (Selasa 11.00 Malam): Laporan sektor perkhidmatan mengecewakan untuk bulan Januari dengan penurunan kepada 56.7 mata terkesan dengan isu penutupan kerajaan sebelum ini. Berkemungkinan bacaan untuk kali ini akan mencatatkan kenaikan semula dan data ini juga turut akan mempengaruhi laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat nanti.

Data Jualan Rumah Baru di Amerika Syarikat (Selasa 11.00 Malam): Sektor perumahan dilihat masih bergelut jika dilihat daripada data jualan rumah sedia ada dan data pembinaan di Amerika Syarikat. Bacaan pada bulan November lalu mencatatkan jualan rumah baru mencecah 657,000 unit tahunan dan bacaan untuk bulan Disember dijangka mencatatkan penurunan.

Data KNDK (GDP) di Australia (Rabu 8.30 Pagi): Data ini akan disokong oleh data imbangan dagangan Australia sebelum ini. Namun, pergerakan ekonomi yang perlahan pada suku tahun ketiga berkemungkinan akan mempengaruhi pertumbuhan untuk suku tahun keempat disamping terkesan dengan faktor ekonomi China serta isu rundingan dagang AS-China yang masih berlarutan.

Penetapan Kadar Faedah di Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) telah menaikkan kadar faedah ke paras 1.75% pada Oktober dan kekal sehingga sekarang. Berkemungkinan penetapan kadar kali ini turut dijangka tidak berubah dengan kenyataan daripada Gabenor Stephen Poloz yang mengatakan ekonomi boleh berkembang dengan sedikit kenaikan inflasi memberikan isyarat bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan.

Data Jualan Runcit di Australia (Khamis 8.30 Pagi): Bacaan pada bulan Disember merosot kepada -0.4% namun berkemungkinan dijangka meningkat untuk bacaan Januari kepada 0.3%.

Penetapan Kadar Faedah oleh ECB (Khamis 8.45 Malam): Bank pusat menyedari pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah yang bergerak perlahan. Namun, Presiden Mario Draghi terus memberikan isyarat bahawa mereka ingin menaikkan kadar faedah untuk tahun ini.

Laporan Data Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 9.30 Malam): Laporan pekerjaan pada Januari mencatatkan peningkatan ketara kepada 304,000 pertambahan pekerjaan menunjukkan kerancakan dalam pasaran buruh. Jangkaan pada angka bacaan kali ini berkemungkinan mencatatkan penurunan kepada 185,000 pekerjaan berbanding sebelum ini.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Data yang dikeluarkan bersama laporan pekerjaan AS ini mencatatkan lonjakan luar biasa pada bacaan bulan Januari sehingga 66,800 pertambahan pekerjaan. Namun, jangkaan pasaran untuk bacaan bulan Februari berkemungkinan akan mencatatkan angka yang menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat