$13 Bilion Dalam Masa Sehari, Jeff Bezos ‘Bermandikan’ Duit!

15,209

Pada semalam, pendapatan jutawan terkemuka Jeff Bezos telah melonjak lagi! Dalam tempoh sehari, beliau berjaya memperoleh sebanyak $13 bilion dan memecahkan rekod individu terkaya Bloomberg Billionaires Index yang dikeluarkan pada tahun 2012.

Selain itu, saham Amazon didakwa melonjak 7.9%, rekod tertinggi sejak Disember 2018 kerana peningkatan trend membeli-belah secara atas talian, dan kini mencatatkan peningkatan sebanyak 73% tahun ini.

Jeff Bezos yang merupakan pengasas Amazon berusia 56 tahun dan merupakan orang terkaya di dunia, merekodkan kekayaan sebanyak $189.3 bilion dengan peningkatan $74 bilion walaupun Amerika Syarikat mengalami kemerosotan ekonomi terburuk sejak Great Depression.

Mackenzie Bezos, yang merupakan bekas isterinya telah memperoleh sebanyak $ 4.6 bilion pada hari yang sama, iaitu semalam dan kini menjadi orang terkaya ke-13 di dunia.

Selain itu, syarikat teknologi lain juga merekodkan peningkatan yang didorong oleh perintah berkurung dan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan pemerintah dan bank pusat. 7 daripada 10 individu terkaya di dunia berjaya mengaut keuntungan berganda daripada sektor ini, termasuk Elon Musk, yang kekayaannya telah meningkat sebanyak $ 47 bilion setakat ini pada tahun 2020.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc Mark Zuckerberg telah merekodkan penambahan pendapatan sebanyak $ 15 pada tahun ini, walaupun syarikat itu berurusan dengan jenama yang memboikot iklan di rangkaian media sosial.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat