14 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (29 Julai – 2 Ogos 2019)

1,025

Berikut adalah sebahagian daripada data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Selasa): Bank of Japan (BOJ) bakal mengekalkan dasar polisi yang longgar. Gabenor bank pusat menyatakan pelbagai risiko yang berpotensi untuk menjejaskan unjuran ekonomi global dan bank pusat bersedia untuk meningkatkan lagi pelonggaran pada polisi jika kehilangan momentum harga.

Data Perbelanjaan Peribadi di Amerika Syarikat (Selasa 8.30 Malam): Bacaan data untuk bulan Jun berkemungkinan sedikit menyusut ekoran kadar perbelanjaan yang kukuh diimbangi oleh kadar pendapatan yang lemah. Data ini juga merupakan satu petunjuk penting terhadap kesihatan ekonomi semasa dengan menilai tahap perbelanjaan pengguna.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Data pada Julai dijangka meningkat kepada 125.2 mata berbanding 121.5 mata sebelum ini berikutan indeks keyakinan pengguna tinjauan oleh Universiti Michigan sedikit meningkat.

Data Jualan Rumah Tertunggak di Amerika Syarikat (Selasa 10.00 Malam): Bacaan data bakal menurun untuk bulan Jun kepada kadar 0.5% lebih rendah berbanding 1.1% pada bulan sebelumnya.

Data PMI Perkilangan China (Rabu 9.00 Pagi): Angka bacaan data untuk Julai dijangka sedikit meningkat. Namun, data masih terkesan oleh ketidaktentuan pada perkembangan hubungan dagang yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi global.

Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Selepas digerakkan oleh data ekonomi China, Aussie kemudian akan dipengaruhi pula oleh data indeks harga pengguna untuk bacaan suku tahun kedua yang berkemungkinan menunjukkan sedikit peningkatan oleh jangkaan pasaran.

Kadar Pengangguran di zon Eropah (Rabu 5.00 Petang): Berkemungkinan bacaan data terkesan oleh kenaikan yang lemah untuk kadar pertumbuhan pekerjaan sejak April 2015.

Data Pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (Rabu 8.15 Malam): Data ini boleh menjadi petunjuk awal terhadap laporan pekerjaan NFP pada Jumaat. Kadar pertambahan pekerjaan pada sektor swasta dijangka meningkat kepada 150,000 pekerjaan untuk bulan Julai.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Rabu 8.30 Malam): Petunjuk bagi data GDP masih kurang jelas dengan melihat pada data-data ekonomi yang bercampur-campur. Data imbangan dagangan dilihat kukuh sementara data jualan runcit pula merosot.

Mesyuarat FOMC Federal Reserve (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur sejak minggu lalu menunggu keputusan penting oleh Fed untuk jangkaan penurunan kadar faedah pada kali ini. Kenyataan dovish oleh Fed bakal melemahkan dagangan USD dalam pasaran semasa.

Mesyuarat Polisi Monetari Bank Pusat England (Khamis 7.00 Petang): Ahli mesyuarat akan mengundi untuk penetapan kadar faedah dengan jangkaan kadar akan dikekalkan pada paras 0.75% seperti sebelum ini. Namun, pelabur menjangkakan kenyataan yang dovish oleh bank pusat susulan penetapan kadar tersebut.

Data PMI Perkilangan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Data tinjauan dijangka meningkat kepada 52.0 mata daripada 51.7 mata sebelum ini. Bacaan lebih tinggi dari paras 50.0 menunjukkan perkembangan perindustrian dalam keadaan yang baik.

Data Jualan Runcit di Australia (Jumaat 9.30 Pagi): Bacaan data akan terdorong oleh data inflasi pada Rabu dan berkemungkinan bacaan agak bercampur dengan bacaan bulanan yang kukuh sementara bacaan untuk suku tahunan agak lemah.

Laporan Pekerjaan NFP Amerika Syarikat (Jumaat 8.30 Malam): Data yang ditunggu-tunggu oleh pelabur setiap awal bulan yang sering memberikan pergerakan harga yang mengejutkan khususnya buat dagangan USD. Selain kadar pertambahan pekerjaan, komponen penting pada laporan yang perlu difokuskan adalah kadar purata pendapatan dan juga kadar pengangguran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat