15% Keuntungan Apple Untuk Amazon Prime Video

210

Pada 2016, Apple Inc. telah bersetuju untuk mengurangkan bayaran App Store untuk Amazon.com Inc., yang mana merupakan sebahagian daripada perjanjian meletakkan aplikasi Prime Video di dalam telefon pintar Apple dan Apple TV.

Timbalan presiden, Eddy Cue dan CEO Amazon, Jeff Bezos sebenarnya berunding mengenai isu tersebut menerusi emel yang didedahkan pada Rabu dalam perbicaraan kongres mengenai tingkah laku anti-kompetitif.

Kedua-dua syarikat besar dunia itu telah bersetuju dengan 15% bahagian hasil bagi pengguna yang mendaftar menggunakan aplikasi dan tiada keuntungan diterima bagi pengguna yang sudah melanggan menerusi Amazon atau platform lain.

Pada 2017, barulah perjanjian tersebut diumumkan, sekaligus membenarkan perkhidmatan video Amazon berintegrasi dengan ciri Apple seperti Siri dan TV.

Perjanjian itu juga membawa kepada pemotongan 15% daripada langganan Apple terhadap rakan kongsi Amazon Prime seperti Showtime bagi pengguna yang mendaftar menerusi Apple.

Keseluruhannya, Apple menerima 30% pemotongan bagi tahun pertama langganan aplikasi yang dilakukan menerusi platform tersebut. Bayaran itu akan susut kepada 15% selepas tahun pertama.

Untuk pengetahuan, polisi syarikat App Store dan bayaran yang dikenakan telah dikritik oleh beberapa penggubal undang-undang dan pembangun perisian kerana syarikat itu dikatakan terlalu berkuasa ke atas pengeluar iPhone dan pembina aplikasi lain.

Namun, dakwaan tersebut disangkal Cook, menyatakan mereka tidak pilih kasih dalam berurusan dengan pembina perisian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat