1,620 Ladang Perlombongan Kripto Di Iran Ditutup Serta-Merta

1,382

Satu laporan terbaru mendedahkan sebanyak 1,620 ladang perlombongan kripto haram telah dipaksa tutup oleh pentadbiran Iran.

Tindakan tersebut diambil buat kali pertama sejak negara itu meluluskan perlombongan kripto sebagai sektor yang sah pada Julai tahun lalu.

Kebanyakan ladang perlombongan kripto haram telah dikenalpasti pada Disember ketika Bitcoin (BTC) mencatatkan rekod all-time high berkali-kali dengan penggunaan elektrik menelan 250 megawatts (MW).

Bagaimanapun, bagi 24 ladang perlombongan kripto yang sah telah diberi kelulusan oleh Kementerian Industri, Perlombongdan dan Perdagangan untuk menggunakan sebanyak 310 MW.

Penggunaan tersebut berdasarkan kadar purata eksport kuasa dan Sistem Bersepadu Pengurusan Forex (Nima) negara.

“Pelombong dikenakan caj sebanyak 4,800 rial bagi satu kilowatt per jam (kW h) iaitu separuh daripada kadar eksport kuasa pada musim luruh, sejuk dan bunga. Bagi musim panas, pelombong perlu membayar dua kali ganda iaitu 19,300 rial per kW.”

Pihak sumber yang bekerjasama dengan badan pengurusan tenaga telah dikurniakan ganjaran wang tunai bernilai 100 juta rial.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat