2 BFF Bertemu, Putin & Jinping Rancang Musnahkan USD!

1,581

Pertemuan selama tiga hari antara dua ‘sahabat baik’, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping telah menjadi tumpuan dunia.

Amerika Syarikat dan sekutunya mengharapkan Beijing akan menjadi ‘orang ketiga’ untuk menghentikan perang Ukraine daripada pertemuan tersebut, sebaliknya perkara lain yang berlaku.

Pada 21 Mac, Putin dan Xi Jinping telah menandatangani 14 perjanjian ekonomi, yang merangkumi segala-galanya daripada kerjasama saintifik kepada penerbitan bersama program televisyen.

Malah, kedua-dua pemimpin itu juga membincangkan usaha untuk mengimbangi dominasi US dolar di seluruh dunia.

Ekoran itu, Putin bersetuju untuk menggunakan mata wang yuan China dalam konteks pelaburan Rusia di negara membangun seperti Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Ini sekali gus membuktikan Beijing terus menjadi penyelamat ekonomi buat Moscow yang telah menghadapi sekatan antarabangsa yang berpunca daripada pencerobohannya ke atas Ukraine.

Penggunaan yuan bukan sahaja akan digunakan oleh Rusia, tetapi juga Arab Saudi yang kini dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menjual minyak kepada China untuk yuan dan bukannya US dolar.

Menyentuh mengenai isu Ukraine, pertemuan tersebut menyaksikan Xi Jinping terus menutup mulut mengenainya.

Sebaliknya, Putin dan Xi menumpukan perhatian kepada tuduhan biasa mengenai pencerobohan oleh NATO ke Timur, dengan mengatakan bahawa hegemoni AS menjejaskan kestabilan global.

Meskipun begitu, Ukraine mengalu-alukan penglibatan China dalam proses damai, dengan presiden Volodymyr Zelenskyy baru-baru ini berkata beliau menantikan pertemuan berpotensi dengan Xi Jinping.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat