2 Kripto Ini Tengah Panas Enjin, Berjuta-juta Token Digerakkan Whales!

570

“Walaupun perlahan tapi nampak la kripto ni secara berterusan naik.”

Kebanyakan mata wang kripto menyaksikan peningkatan pada hari ini walaupun minggu lepas terdapat tiga bank Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi kejatuhan dalam sekelip mata.

Dilaporkan bahawa 537,352 Solana (SOL) bernilai $10 juta telah dipindahkan daripada wallet tidak diketahui kepada syarikat exchanger kripto Coinbase.

Manakala satu lagi pemindahan ketara berlaku apabila 11 juta Polygon (MATIC) berharga $14 juta dihantar ke wallet tidak diketahui melalui Polygon.

Dalam urus niaga berasingan pula, dua wallet tidak dikenal pasti telah memindahkan sejumlah besar MATIC ke salah satu syarikat gergasi exchanger kripto iaitu Binance.

Sebagai rekod, wallet pertama memindahkan 30 juta MATIC bernilai $35 juta manakala wallet kedua terdapat pengalihan 30 juta aset digital tersebut bersamaan $35 juta.

Sehingga pada masa ini, harga SOL berjaya melonjak sebanyak 4.49% mencapai paras $21.28 dalam tempoh 24 jam terakhir sementara modal pasarannya mencatat $8 bilion dan jumlah dagangan meningkat 22.52%.

SOL turut melihat pendakian sekitar 4.29% dalam tempoh 30 hari lalu melepasi zon harga $26.96 dan 9.56% sepanjang minggu lepas manakala MATIC raih 5.14% capai paras $1.22 dalam tempoh 24 jam lalu.

Umum mengetahui bahawa SOL diramal akan membuat pergerakan perlahan semula susulan aset digital tersebut sedang bergelut untuk melepasi tahap rintangan $22, namun harganya dilihat berpotensi untuk menaik dalam tempoh terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat