2 Mac, Bakal Jadi Tarikh Keramat Rakyat Malaysia!

897

Sehingga ke hari ini, keadaan politik Malaysia semakin mencuri perhatian dan menjadi isu hangat termasuk di peringkat antarabangsa. Ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk menantikan penamat kepada isu tersebut serta siapakah gerangan yang bakal bergelar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak menolak kemungkinan jika Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memilih Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai calon Perdana Menteri.

Ketika berucap di sidang media selepas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam, Tun M mendedahkan bahawa satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac untuk menentukan calon mana yang memperoleh sokongan majoriti daripada anggota Parlimen sekaligus berjaya bergelar Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Tambahan daripada itu, sesi tersebut diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menentukan siapa yang diberikan sokongan majoriti dalam kalangan penggubal undang-undang perseketuan walaupun telah berlangsung sesi temuduga secara peribadi antara Ahli Parlimen dengan Raja.

Selain itu, Tun M mendakwa bahawa terdapat kemungkinan akan berlangsungnya pilihan raya jika sidang khas Dewan Rakyat tersebut gagal untuk mencari calon yang sesuai.

Sementara itu, Perdana Menteri Interim itu turut mengesahkan bahawa beliau telah kembali memegang jawatan sebagai pengerusi Bersatu setelah meletak jawatan pada Isnin yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat