2 Remaja Kanada Curi $4 Juta Kripto, Menyamar Sebagai Pekerja Coinbase!

169

“Haih kecik-kecik dah pandai menipu, apa nak jadi.”

Dua remaja lelaki berusia 17 tahun dari Hamilton, Ontario ditangkap atas kesalahan mencuri mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) bernilai lebih $4 juta daripada seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) melalui “spear phishing attack”.

Dilaporkan, polis Hamilton telah bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) AS dan Pasukan Petugas Jenayah Elektronik Perkhidmatan Rahsia pada Jun 2023 untuk menyiasat budak lelaki tersebut.

Secara konteks, serangan spear phishing attack adalah bentuk pancingan data yang digunakan oleh penipu, di mana seseorang individu itu akan mendedahkan maklumat sensitifnya seperti kata laluan, nombor kad kredit atau data peribadi lain.

Diperjelaskan lagi, penipu akan menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengumpul pelbagai maklumat misalnya nama, jawatan, syarikat, rakan sekerja dan butiran peribadi mereka daripada platform media sosial.

Setelah dapat maklumat sedemikian, penipu dapat menghasilkan e-mel atau mesej menarik yang kelihatan seperti sumber boleh dipercayai daripada rakan sekerja, penyelia mahupun organisasi berprestasi tinggi.

Berbalik pada isu tadi, dua remaja lelaki itu yang menggunakan nama palsu Felon dan Gaze telah berpura-pura menjadi ahli pasukan sokongan bursa kripto Coinbase untuk mengambil alih akaun aset digital mangsa itu seterusnya mengakses aset digitalnya.

Menurut polis, mereka membelanjakan sebahagian daripada dana untuk beli nama pengguna “@zombie” yang jarang ditemui dalam komuniti gaming tetapi polis telah merampas aset digital bernilai $13.4 juta selepas dua remaja lelaki itu ditangkap.

Walaupun pihak berkuasa pada mulanya menahan kedua-dua remaja itu, hanya seorang sahaja didakwa atas kesalahan mencuri lebih $5,000 dan memiliki harta atau hasil diperoleh melalui cara jenayah manakala seorang lagi dibebaskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat