200,000 Transaksi Kripto Antara Amerika Latin-Asia Bernilai $1 Bilion

105

Firma analisis blockchain, Chainalysis yang berpangkalan di New York mengeluarkan satu laporan mengenai jumlah transaksi kripto yang mencecah 200,000 pada 2019 dengan nilai keseluruhan $1 bilion.

Transaksi tersebut melibat antara dua benua, Amerika Latin dan Asia.

Berdasarkan kajian Latin America Mitigates Economic Turbulence with Cryptocurrency, mendapati trend kripto di Amerika Latin sekitar Julai 2019 dan Jun 2020 menghadapi permintaan mendadak dalam pengaksesan perbankan dan pengiriman wang terutama melibatkan perdagangan merentasi sempadan.

Amerika Utara dan Eropah Barat merupakan sumber terbesar pengiriman wang fiat ke Amerika Latin. Manakala transaksi Asia Tenggara mendahului jumlah transaksi kripto.

Majoriti pengiriman wang digital itu merupakan transaksi komersial, melibatkan urus niaga antara pengeksport dari Asia dan syarikat Amerika Latin.

Trend tersebut pada waktu yang sama telah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi berlakunya penyelewengan kewangan dan disebabkan itu kebanyakan bank di Paraguay bertindak lebih berhati-hati memilih dengan siapa mereka akan bekerjasama.

Disebabkan itu, proses permohonan perbankan mengambil masa yang lama dan banyak syarikat yang ditolak oleh bank. Malah, ramai individu yang juga gagal membuka akaun bank di Amerika Latin dengan tujuan untuk meningkatkan penggunaan kripto di negara itu.

Pada Julai, salah satu platform tukaran matawang kripto terbesar di Amerika Latin, Bitso menyaksikan lonjakan pengguna sebanyak 1 juta sebaik sahaja dilancarkan di Brazil.

Ini membuktikan kejayaan pertukaran matawang kripto berjaya di Argentina berkait rapat dengan aktiviti kripto yang luar biasa dan peningkatan permintaan dalam urusan perniagaan rentas sempadan di pasaran tempatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat