Euro Dollar terus menyusut lebih 70 mata untuk didagangkan sekitar 1.2285 pada sesi dagangan petang London Khamis semalam selepas pasaran mulai jelas dengan arah tuju Dollar selanjutnya. Walaupun pasaran London dibuka dengan data berimpak sederhana “IFO” dari Jerman yang ratanya lebih baik, pasaran terus menjual Euro.
Komen yang bercampur-campur dari ahli lembaga ECB, meyebabkan pasaran tidak menentu dan ragu atas prospek Presiden ECB Mario Draghi untuk melancarkan pakej ransangan ekonomi yang baru untuk 2015 pada Januari depan. Kejatuhan harga minyak mentah yang berterusan dan dijangka stabil dibawah $60 setong untuk beberapa waktu, bakal menjadikan inflasi terus rendah dalam bulan-bulan yang mendatang.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat dan hanya data berimpak sederhana “consumer confidence” dari Jerman yang dijangka lebih baik; pasaran dijangka berdagang dalam suasana “ranging” dengan aktiviti pengambilan untung sebelum Krismas minggu depan.