Euro Dollar menstabil semula sekitar 50 mata selepas menjunam Selasa lalu gara-gara GDP Amerika Syarikat yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan. Dagangan Rabu semalam banyak menyaksikan pengambilan untung bagi menutup dagangan tahun 2014 bagi para pedagang dan pelabur yang telah menjual Euro sejak Jun lalu. Kejatuhan lebih 1,800 mata dari paras tertinggi tahunan, sekitar 1.3995, itu didorong oleh pakej ransangan ekonomi ECB yang melemahkan Euro bagi meningkatkan eksport, dan pada masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat yang semakin pulih.
Hari ini dengan kebanyakan negara dan broker yang bercuti lantaran sambutan hari Krismas, pasaran ditutup untuk dagangan.
Saham global melonjak selepas keputusan pendapatan Nvidia mengatasi jangkaan. Ini secara tidak langsung, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai penilaian AI...
Gabungan pemerintah Jepun antara LDP dan Komeito berpecah selepas 26 tahun, menimbulkan ketidaktentuan besar terhadap masa depan politik Perdana Menteri...
Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan pelantikan Perdana Menteri baharu dalam tempoh 48 jam, selepas peletakan jawatan mengejut Sébastien Lecornu...