
Dengan persediaan untuk Krismas minggu depan, peningkatan jualan ini sudah dijangka walaupun tidaklah setinggi ini. Peningkatan jualan peralatan elektronik meningkat 32% berbanding November tahun lepas.
Dengan undian Majlis MPC Bank of England yang tidak berubah, ini menunjukkan majoriti ahli majlis berpandangan inflasi yang rendah mewajarkan pengekalan “interest rate” sedia ada – 0.5% yang terendah dalam sejarah Britain. Walau bagaimanapun, majlis MPC bersetuju mengekalkan pembelian aset pada 375 bilion Pound Sterling.
Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat, UK hanya mempunyai data berimpak sederhana untuk mempengaruhi pasaran.




















































