Pound Dollar melonjak semula 80 mata pada sesi penutupan London untuk didagangkan sekitar 1.5720 selepas Bank of England mengekalkan interest rate pada kadar 0.5% dan “Asset Purchase Facility” pada 375 bilion Pound dalam mesyuaratnya pada Khamis. Keyakinan pelabur juga bertambah apabila “Service Sector PMI” meningkat 58.6 pada November lebih baik dari jangkaan Reuters 56.5 Rabu lalu selepas jatuh teruk kepada 56.2 pada Oktober.
Lonjakan semula Pound disokong juga oleh kenyataan ekonomi yang positif dari Chancellor Kewangan Osborne dalam kenyataan musim luruhnya. Kadar inflasi yang dikekang juga mengurangkan tekanan untuk Bank of England menaikkan interest rate tetapi Alan Clarke dari ScotiaBank mengatakan data ekonomi yang lebih baik tidak mewajarkan untuk terus menunggu setahun lagi sebelum ianya dinaikkan.
Masih tercari-cari broker ? Buka akaun forex anda di sini – KLIK SINI