Emas terus memacu ke paras tertinggi minggu ini sekitar $1,230 pada sesi petang London seolah-olah terdapat spekulasi dalam pasaran apabila Dollar mula dijual walaupun tiada terdapat sebarang data ekonomi global ataupun berita mengenai sebarang krisis kecuali ekonomi China yang menunjukkan tanda-tanda penguncupan.
Trend untuk emas masih lagi “bearish” bersama harga minyak mentah yang merudum, ditambah dengan laporan yang memungkinkan Federal Reserve Amerika Syarikat menaikkan “interest rate” seawal 2015; menyebabkan para pedagang, pelabur dan pengurus dana lebih tertarik untuk memegang Dollar berbanding emas yang tiada membayar sebarang “interest”.
Walaubagaimanapun pasaran hadapan emas menunjukkan pembelian yang meningkat dengan kontrak Februari 2015 mendapat pembelian tertinggi setakat ini. Ditambah dengan pasaran ekuiti yang mula melemah dan data ekonomi global yang mula merunsingkan; besar kemungkinan emas bakal menjadi buruan para pelabur terutamanya bank-bank pusat yang mahu menambah simpanan emas mereka.