
Harga minyak mentah yang mula menstabil, meningkat hampir $3 setong ke paras tertinggi harian $57.50, juga membantu sokongan permintaan terhadap “loonie”. Kejatuhan dramatik harga minyak mentah, yang merupakan antara eksport terbesar Kanada semenjak Jun lalu, sehingga ke paras terendah dalam tempoh 5 tahun telah melemahkan “loonie” yang juga berada pada nilai terendah berbanding Dollar Amerika dalam tempoh 5 tahun.
Pada masa yang sama, ekonomi Amerika Syarikat yang mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan ketegasan Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” seawal April 2015; tambah meningkatkan permintaan untuk Dollar sekaligus menjatuhkan nilai banyak matawang lain termasuk “loonie”.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya jika data “initial jobless claim” Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan.














![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)






































