
Minit mesyuarat Bank of Japan yang dikeluarkan Khamis lalu melaporkan, ahli lembaga pengarah menyeru kerajaan untuk berusaha mengembalikan kekuatan dasar fiskal negara. Seruan yang jarang dibuat itu, dilaporkan sebulan selepas BoJ merangsang ekonomi negara dengan pengembangan stimulus kewangannya.
Dalam mensyuarat November lalu, BoJ mengekalkan dasar kewangannya dengan penambahan stimulus berjumlah 80 trillion Yen ($676 bilion) setahun bagi pembelian bon-bon kerajaan dan 3.5 trillion Yen diperuntukkan untuk menjana ekonomi melalui pasaran komersil dan terbuka. Menurut gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda, kejatuhan harga minyak baru-baru ini banyak memberi manfaat pada ekonomi Jepun dengan import minyak yang murah bagi penjanaan aktiviti ekonomi.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonoi dari Jepun mahupun Amerika Syarikat hari ini, pasaran dijangka terus dalam suasana “ranging” dengan dagangan tipis.












 
			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)


























 
					




