Euro Dollar menyusut sekitar 100 pips Isnin semalam, dalam dagangan ‘ranging’ dari paras tertinggi sekitar 1.0620 ke serendah 1.0520, sebelum menutup pada paras 1.0565 dibawah pivot hari ini sekitar 1.0570; selepas pasaran Eropah tertekan ekoran krisis ‘Grexit’ dan polisi kewangan yang berbeza antara Eropah dan Amerika Syarikat.
Para penganalisa menjangkakan ECB bakal mengekalkan dasar sedia ada dan memberi tumpuan kepada kesan program QE selepas sebulan dilaksanakan. Mesyuarat ECB esok dan sidang akhbar yang berikutnya akan menjadi tumpuan para pelabur, pengurus dana dan pedagang. Presiden Draghi dijangka akan menunjukkan bahawa QE telah membuat permulaan yang baik dan menekankan komitmen Majlis Pentadbir untuk mencapai sasaran inflasi yang ditetapkan.
Malah, selepas sebulan penuh dengan program QE yang baru-baru ini dilancarkan, data ekonomi bertambah baik dan prestasi pasaran ekuiti Eropah telah melonjak, mengatasi ketidaktentuan politik Greece, dan kadar tukaran EUR|USD yang lemah telah meningkatkan penyertaan dana antarabangsa dan eksport.
Indeks utama di pasaran ekuiti AS pada minggu sebelumnya, berada pada kedudukan yang kukuh walaupun laporan NFP mengecewakan untuk Mac. Sekali lagi, pasaran menafsirkan berita buruk sebagai baik dan kembali menyokong belian, berdasarkan kepercayaan bahawa laporan itu akan menyebabkan Federal Reserve menangguhkan kenaikan “interest rate”.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni