Euro Dollar melonjak lebih 170 pips Selasa semalam, dari paras terendah sekitar 1.0530 sebelum menutup pada paras 1.0655 apabila “retail sales” Amerika Syarikat dilaporkan meleset dari jangkaan. Pada masa yang sama, aliran data-data ekonomi Euro-Zone sejak mesyuarat 5 Mac lalu telah mula mengujakan, dan bila dibandingkan dengan trend dan data hampir sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan ekonomi yang jelas.
Walau bagaimanapun ECB dijangka akan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dalam mesyuarat hari ini, supaya tidak terbawa-bawa dengan keadaan yang nyata lebih baik tetapi belum begitu memberangsangkan. EMU “PMI business index” meningkat semakin tinggi, terutama index perkhidmatan, dan ini telah disahkan oleh penunjuk sentimen perniagaan IFO. Keyakinan pengguna juga tambah meningkat dan mencapai tahap tertinggi sejak krisis 2007. Jualan runcit dilihat mula berkembang secara positif dan sebahagian kecil dari pengeluaran mungkin mula meningkat.
Dengan harga minyak yang mula menstabil dan meningkat, inflasi dijangka positif tidak lama lagi. Unjuran terbaru ECB juga yang menjangkakan inflasi sifar bagi 2015, secara keseluruhannya menunjukkan kenaikan harga dijangka sederhana. Presiden ECB Mario Draghi, sudah pasti mahu menonjolkan bahawa keyakinan dari peringkat awal sebelum program itu berjalan, telah menyumbang kepada keadaan ekonomi dan kewangan yang lebih sihat sejak kebelakangan ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni