Euro Dollar memacu naik lebih 90 pips, dari paras terendah harian sekitar 1.0551; selepas data “core CPI” tahunan Euro-Zone menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1% dan “economic sentiment” nya bertambah baik kepada 62.4 berbanding 58.9 jangkaan dan 52.7 pada sebelumnya. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran EUR|USD sedang berlegar-legar sekitar pivot mingguan – 1.0620
Walau bagaimanapun, kenaikan nilai Euro itu tidaklah dilihat sebagai satu kekuatan; sebaliknya hanya kerana para pelabur yang mengambil untung dan bersedia untuk mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti. Menurut Joe Manimbo, penganalisa kanan di Western Union Business Solutions, Dollar telah meningkat nilai sekitar 24% semenjak Mei tahun lepas dan ianya dijangka menjadi isu dalam mesyuarat FOMC nanti. Dollar telah meningkat terlalu cepat dan boleh mengganggu sasaran inflasi Feds, tambah beliau lagi.
Tiada sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini selain mesyuarat bulanan ECB. Pasaran dijangka terus ‘ranging’ sehingga mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.