Euro Dollar berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Rabu semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.1388 dan terendah sekitar 1.1336, selepas tidak banyak reaksi terhadap kenyataan presiden Feds Janet Yellen kepada kongres AS. Krisis ‘Grexit’ juga mula mengendur dengan Greece diberitakan diberi lanjutan pinjaman selama 4 bulan lagi, sekaligus menolak kemungkinan bangkrap dan keluar dari Euro-Zone.
Ekonomi Jerman, salah satu ekonomi teras dalam Euro-Zone, dilaporkan semakin stabil menambahkan keyakinan kepada matawang Euro. Pada suku ke-4 tahun lepas, GDP tahunannya dilaporkan berkembang pada 1.6% dan ini adalah lebih baik dari 1.2% pada bacaan sebelumnya. Sejak 2013 ekonomi Jerman telah keluar dari kemelesetan dan berkembang baik hingga ke hari ini.
Perbelanjaan pengguna sempena Krismas dan tahun baru telah membantu aktiviti ekonomi secara keseluruhannya. Hari ini Jerman bakal melaporkan “consumer confidence survey” yang dijangka meningkat dari 9.3 kepada 9.5 dan “unemployment change” yang dijangka bertambah dari 8 ribu kepada 10 ribu penganggur, walaupun “unemployment rate” dijangka stabil pada 6.5%
Amerika Syarikat pula bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka menyusut dibawah sifar berbanding 0.8% sebelumnya, “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 283 ribu kepada 288 ribu pemohon, dan “durable goods orders” yang dijangka meningkat dari -3.4% kepada 1.9% Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar.