Euro Dollar ditutup lebih tinggi pada Jumaat, dengan pergerakan melebihi 140 pips dari paras terendah harian sekitar 1.0785, sebelum menutup pada sekitar paras 1.0870; setelah Euro kembali dibeli apabila pasaran mendapat komen-komen positif dari Greece yang persetujuan bakal dicapai tidak lama lagi. Data ekonomi Jerman juga dilaporkan lebih baik, sekaligus menyokong pembelian.
Menteri-menteri kewangan Euro-Zone mengadakan mesyuarat di Riga, Latvia untuk membincangkan penyaluran dana kecemasan untuk Greece, supaya negara itu boleh membuat pembayaran balik, sebanyak $450 juta, ke atas pinjaman IMF. Pinjaman yang akan membantu ekonomi Greece kembali bernafas itu, adalah melalui beberapa pembayaran balik hutang yang perlu dibayar sepanjang tempoh dua bulan akan datang.
Menteri kewangan Eropah sedang menunggu senarai langkah pembaharuan ekonomi yang lebih konkrit dari Greece, untuk mencapai perjanjian awal bagi pembiayaan ekonomi dan hutang luar negara tersebut. Menjelang mesyuarat itu, menteri-menteri kewangan menjangka tidak akan ada persetujuan dalam mesyuarat itu. Naib Presiden ECB Valdis Dombrovski, dan Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schäuble, kedua-duanya berkata tidak ada progres yang cukup untuk menyalurkan baki dana.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni