Euro Dollar yang awalnya meningkat lebih 90 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, Khamis semalam; merudum lebih 130 pips hingga mencapai paras terendah harian pada sekitar 1.0855; sebelum menutup pada sekitar 1.0885, sekaligus menjadikan kadar tukaran EUR|USD berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.0930 ketika artikel ini ditulis.
Di Eropah, data “consumer confidence” Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 10.0 berbading 9.8 dan 9.0 pada sebelumnya. Pada masa yang sama, ECB diberitakan telah bersetuju untuk menyalurkan lebih 1 bilion Euro kepada Greece, bagi mengatasi kemelut ekonominya. Keadaan ini, sedikit sebanyak membantu sokongan beliau untuk Euro; walaupun ramai para penganalisa menjangka, kadar tukaran EUR|USD bakal mencapai ‘parity’ dalam tahun ini.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya jika GDP tahunan Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan 2.4%