Euro Dollar yang memacu naik lebih 80 pips sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1290; menjunam lebih 110 pips pada 3 jam pertama sesi dagangan New York. Euro meningkat kepada paras dua bulan tertinggi berbanding Dollar, sekaligus menambahkan pemulihan nilai Euro dalam suasana dagangan yang majoritinya bercuti sempena Hari Buruh.
Mata wang blok ekonomi Eropah itu naik 0.6% berada pada paras paling kukuh sejak lewat Februari, sebelum Bank Pusat Eropah memulakan program rangsangan pembelian bon bernilai €60 bilion sebulan itu. Rangsangan ECB menolak nilai Euro turun di bawah $1.05 pada bulan Mac, tetapi ia telah meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terkesan dari trend global yang mengambil untung bagi menutup buku dagangan tahunan dan bulanan.
Pada masa yang sama, rentetan daripada siaran data ekonomi AS yang lemah, telah mencetuskan penjualan Dollar yang besar, tetapi pemulihan euro juga telah menjadi sangat kukuh. Ini kerana penjualan pada penurunan euro adalah perdagangan paling popular tahun lepas, menggalakkan ramai pelabur mengambil keuntungan apabila pasaran membelakangkan mereka, menurut pakar strategi pertukaran asing di BNP Paribas.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni