Euro Dollar menjunam lebih 215 pips dalam masa 2 jam sesi pembukaan New York Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.1280 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.1050 sebelum menutup sekitar paras 1.1115; selepas pengumuman laporan pesanan kilang Jerman yang lebih baik daripada yang dijangkakan, namun dengan data NFP Amerika Syarikat yang diluar jangkaan, Euro tewas.
Sebelum daripada itu, Dollar kembali menguat baru-baru ini berbanding mata wang utama sejak pertengahan Mac, apabila keraguan pelabur telah meningkat sama ada “interest rate” AS akan dinaikkan sebelum akhir tahun ini. Data AS yang lemah berbanding suku pertama 2015 dan angka petunjuk ekonomi yang tidak konsisten telah menimbulkan persoalan tentang kekukuhan ekonomi Amerika.
Namun, laporan NFP bagi Mei menunjukkan pertambahan 280 ribu pekerjaan pada bulan ini, lebih daripada 222 ribu ramalan oleh ahli ekonomi. Selepas data keluar, Dollar melangkah lebih tinggi kerana pelabur menilai semula harapan mereka untuk kenaikan pertama “interest rate” sejak krisis kewangan, ia kini kelihatan lebih cenderung untuk berlaku sebelum akhir tahun ini.