Pound Dollar merudum sekitar 100 pips untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5028, Selasa semalam; sebelum Gabenor Mark Carney memberi kenyataan media pada sesi petang dagangan London. Pound yang telah mencapai paras tertinggi dalam masa 6 tahun berbanding Euro, menunjukkan para pelabur yang tidak menghiraukan risiko politik; ekoran UK yang bakal menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh 2 bulan lagi.
Para pelabur masih lagi menaruh harapan yang Bank of England bakal menaikkan “interest rate” pada awal 2016 lantaran komen Gabenor Mark Carney baru-baru ini. Dengan Amerika Syarikat yang dijangka menaikkan “interest rate” pada pertengahan tahun ini, kadar tukaran GBP|USD dijangka ‘ranging’ buat beberapa waktu. Terdapat spekulasi sekiranya parti konservative memenangi pilihanraya umum Britain kali ini, ianya akan menggesa UK keluar dari EU.
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan “industrial production” dan “manufacturing production” tahunan yang kedua-duanya dijangka lebih baik dari sebelumnya. Dengan ketiadaan data ekonomi dari Amerika Syarikat, Pound dilihat berpotensi menggugat pasaran walaupun ianya dilihat bersifat sementara.