Pound Dollar terus memacu naik lebih 150 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.4970 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan; selepas pasaran mula menjual Dollar ekoran pelbagai data menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat mula menampakkan perkembangan yang semakin perlahan.
Perkembangan politik Britain yang dijangka mampu mempengaruhi pergerakan Pound, bertukar hambar apabila para pelabur dan pengurus dana dilihat lebih prihatin untuk menumpukan perhatian kepada data-data pekerjaan dan pasaran buruh UK yang bakal dilaporkan hari ini.
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan “claimant count change” yang dijangka mengurang dari 31 ribu kepada 29,500 dan “unemployment rate” yang lebih baik dari sebelumnya, 5.6% berbanding 5.7%. Pada masa yang sama, malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan CPI yang dijangka stabil dan “consumer confidence” yang dijangka bertambah baik dari 93 kepada 93.8
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni