Pound Dollar susut lebih 85 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5625 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5540; selepas ketiadaan berita ekonomi UK yang menyebabkan para pedagang beralih kepada aset berisiko yang lebih tinggi dalam pasaran ekuiti apabila FTSE melonjak. Minggu lepas Sterling melonjak dan menjadi mata wang G10 terbaik prestasinya apabila pasaran ditutup pada Jumaat.
Gabenor Bank of England Mark Carney menyebabkan “interest rate” domestik lebih tinggi terutamanya apabila beliau berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari boleh menaikkan kadar sebelum akhir tahun ini, dan GBP yang sensitif kepada kadar melihat kenaikan satu hari terbesar dalam masa sebulan, apabila pedagang meletakkan semula segala kemungkinan.
Komentar yang tidak dijangka dari ketua BoE itu akan membuatkan ianya sangat penting untuk melihat siaran minit mesyuarat Bank of England yang akan datang; pasaran mungkin akan melihat kenyataan rasmi terhadap keputusan undian “interest rate” esok, samada ianya sepadan dengan retorik yang agak agresif dari Gabenor Carney.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni