Pound Dollar yang menjunam lebih 90 pips pada sesi pembukaan London, kembali memacu naik semula untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5434; sebelum menutup pada sekitar 1.5392 selepas “retail sales” tahunan UK dilaporkan meleset 5.4% berbanding jangkaan 5.9% dan “retail sales ex-fuel” tahunan pula meleset kepada 4.8% berbanding 5.9% jangkaan walaupun baik dari sebelumnya pada 4.2%
Jabatan Statistik UK mengatakan kejatuhan pada bulan lepas adalah merupakan yang terburuk dalam sejarah negara tersebut. Walau bagaimanapun, menurut Howard Archer Ketua Kajian Ekonomi UK dan Eropah di IHS Global Insight, prospek untuk peningkatan jualan runcit dan perbelanjaan pengguna adalah baik dengan pendapatan yang dilaporkan meningkat, pasaran pekerjaan yang dilaporkan mampan dan keyakinan pengguna yang bertambah baik.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari UK, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran terutamanya jika “home sales” AS yang dijangka pada 5.03 juta dilaporkan lebih baik dari sebelumnya 5.04 juta. Walau bagaimanapun, kejatuhan ini dilihat bersifat sementara, ekoran sentimen kenaikan “interest rate” UK baru-baru ini.