GBPUSD menurun melebihi 100 pip semalam selepas matawang US Dollar terus menguasai pasaran. Tekanan dan kebimbangan mengenai krisis Greece juga memberikan kesan kepada kekuatan US Dollar, di bantu oleh keluaran data yang baik, berjaya menekan GBPUSD untuk turut ikut jejak langkah matawang Euro berbanding US Dollar.
Seperti US Dollar, Pound UK juga mengalami isu potensi kenaikkan kadar faedah. Bank of England dijangkan akan mula menaikkan kadar setelah sembilan bulan.
Beberapa penganalisis, bagaimanapun, mempersoalkan sama ada kenaikkan matawang dan keadaan kewangan yang lebih ketat boleh menyebabkan kesukaran untuk BoE menaikkan kadar faedah bila-bila masa tidak lama lagi.
“Masih ada risiko politik daripada senario Grexit, tetapi kita rasa ia agak rendah,” kata penganalisis Citi dalam nota, sambil menambah bahawa walaupun ekonomi UK telah mengatasi prestasi, BoE tidak mungkin untuk menaikkan kadar secara agresif.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni