Pound Dollar meningkat naik lebih 85 pips dalam suasana dagangan pantas, dan menutup sekitar 1.5526 Rabu semalam; selepas kenyataan Gabenor Bank of England Mark Carney dan kejatuhan nilai Dollar, gara-gara kenyataan presiden Feds Janet Yellen tentang kenaikan “interest rate” AS yang telah berada pada 0.25% sejak 2008 lagi. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran GBP|USD telah pun mencapai nilai ‘support’ yang dibolosi, sekitar 1.5550, pada awal Januari lalu.
Para penganalisa mengatakan ianya semakin sukar untuk menjangka keadaan ekonomi United Kingdom dan Bank of England juga semakin berbelah-bagi tentang langkah-langkah susulan yang perlu diambil. Didalam laporan mensyuarat majlis MPC BoE baru-baru ini, walaupun kejatuhan inflasi dilaporkan bersifat sementara, ianya berisiko tinggi dan ada kemungkinan Bank of England terpaksa menurunkan “interest rate”
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan GDP tahunan yang dijangka stabil pada 2.7% dan GDP suku ke-4 2014 yang dijangka meleset dari 0.7% kepada 0.5%; dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan CPI tahunan yang dijangka menyusut dibawah sifar berbanding 0.8% sebelumnya, “unemployment claims” yang dijangka meningkat dari 283 ribu kepada 288 ribu pemohon, dan “durable goods orders” yang dijangka meningkat dari -3.4% kepada 1.9% Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar.