Pound Dollar didagangkan dalam suasana “ranging” Jumaat lalu, dengan paras tertinggi sekitar 1.5036 dan terendah sekitar 1.4950, selepas merudum pada hari sebelumnya dengan kejatuhan lebih 230 pips; apabila 2 orang ahli Majlis MPC Bank of England memutuskan untuk mengubah undi mereka. Dengan kesepakatan ini, “interest rate” UK dijangka hanya akan dinaikkan pada tahun 2016.
En Martin Weale dan En Ian McCafferty, dua orang ahli Majlis MPC BoE yang sebelum ini mengundi untuk kenaikan “interest rate” mengatakan, sekiranya “interest rate” dinaikkan sekarang, ianya boleh menjejaskan penjanaan aktiviti ekonomi, dan seterusnya sasaran capaian inflasi UK. Jualan runcit bulanan UK yang mengurang dari 1.6% kepada 0.4% pada December lalu, dan GDP yang menguncup pada suku ketiga 2014 juga menandakan ekonomi UK yang mula melemah.
Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus “ranging” dan sebarang kenaikan nilai tukaran GBP|USD dilihat sebagai satu peluang untuk jualan.