Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5640 ke serendah 1.5560; selepas Sterling mencabar kenaikan Dollar berikutan jangkaan bahawa Bank of England mungkin mengikuti jejak langkah Federal Reserve AS dalam menaikkan “interest rate” pada bulan-bulan akan datang.
Para pedagang bakal menumpukan perhatian kepada mesyuarat BoE minggu hadapan untuk mendapatkan klue dan sentimen tentang kenaikan “interest rate” pertama sejak krisis kewangan 2008. Kenaikan harga minyak juga telah membantu keyakinan pasaran. Bank of England dijangka menaikkan “interest rate” seawal suku pertama tahun hadapan.
Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar mencecah paras seminggu tertinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, selepas Feds mengambil satu lagi langkah kecil ke arah menaikkan “interest rate” pada akhir tahun ini. Selepas mesyuarat dasar FOMC dua hari, Fed tidak memberikan petunjuk jelas tentang masa; tetapi apa yang ia katakan sudah cukup untuk menggalakkan jangkaan kenaikan pada September ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni