Pound Dollar susut sekitar 80 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah 1.5565 sebelum menutup sekitar paras 1.5585; walaupun “manufacturing’ PMI UK sedikit lebih baik dari jangkaan dan “manufacturing” PMI AS pula meleset dari jangkaan. Sentimen pasaran yang semakin yakin dengan kenaikan “interest rate” AS pada September ini telah mengukuhkan Dollar.
Di pasaran UK, pertumbuhan pengeluaran UK meningkat pada bulan Julai, menurut kaji selidik Markit, selepas berada pada paras 26 bulan terendah pada bulan Jun. Tetapi pertumbuhan masih begitu lemah, menurut Markit dalam laporan Indeks bulanan Pengurus Pembelian (PMI) bagi pembuatan. Indeks itu meningkat kepada 51.9 pada bulan Julai, daripada 51.4 pada bulan Jun.
Angka di atas 50 menunjukkan pengembangan. Walau bagaimanapun, ia kekal di bawah purata 54.3 dimana sektor itu telah berada sejak April 2013. Menurut Rob Dobson, ahli ekonomi kanan di Markit, “Walaupun satu kenaikan dalam PMI utama memecahkan trend yang merosot dalam pembuatan UK, pertumbuhan kekal hampir tidak berubah dan beliau melihat bahawa sektor ini terus bertindak sebagai pemberat ke atas ekonomi.”
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni