Pound Dollar membuka dengan sedikit ‘gap-down’, sekitar 10 pips hari ini, selepas menyusut lebih 85 pips Jumaat lalu untuk menutup sekitar paras 1.5560; selepas Dollar terus mendapat permintaan secara umum terkesan dari krisis Grexit. Laporan NFP Amerika Syarikat yang mengecewakan pada Khamis dan “services PMI” UK yang lebih baik dari jangkaan pada Jumaat, malangnya tidak mendorong permintaan untuk Pound.
Sektor pembuatan UK kekal dalam pertumbuhan lemah pada bulan Jun, apabila kadar pertumbuhan dalam pengeluaran dan pesanan baru mejadi sederhana dan kekal jauh di bawah apa yang berlaku pada suku pertama tahun ini. Untuk suku kedua secara keseluruhan pula, pertumbuhan pesanan dan pengeluaran adalah yang paling lemah sejak suku pertama 2013.
Berita baik pula adalah bahawa PMI pembuatan kekal di atas 50 (zon neutral) selama 27 bulan berturut-turut. Juga, dalam meneruskan tema ekonomi domestik yang kukuh, Markit melaporkan bahawa “… pengeluaran barangan pengguna terus berkembang pada kadar yang kukuh …” Euro-Zone adalah suspek yang biasa dalam kelembapan output pembuatan dan banyak syarikat melaporkan permintaan yang lemah dan sebahagiannya menyalahkan kadar pertukaran asing yang tinggi.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni