Pound Dollar yang awalnya ‘ranging’ sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, memacu naik lebih 125 pips untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5215 setelah data ekonomi Amerika Syarikat yang rata-ratanya mengecewakan. Namun, ketidakpastian pilihan raya UK tidak akan membantu Sterling pada minggu ini, dengan pilihan raya yang masih menunjukkan kedua-dua parti utama – Konservatif dan Buruh – masih belum mendapat suara majoriti.
Para pengundi akan memilih pada hari Khamis ini dan sehingga gambaran kerajaan yang bakal terbentuk semakin jelas, Pound dijangka akan terus di bawah sedikit tekanan jualan. Sterling telah kurang mendapat permintaan sepanjang sesi dagangan sejak beberapa hari ini, sesuatu yang biasa apabila sesebuah negara menghampiri pilihan raya yang tidak menentu.
Jualan besar-besaran akhir minggu lalu masih belum cukup agresif dan tidak sebanyak seperti yang dijangkakan. Ini menunjukkan bahawa “interest rate” mempunyai kesan yang lebih besar ke atas pasaran mata wang daripada peristiwa politik seperti ini. Walaupun kedua-dua pihak – Konservatif dan Buruh – dilihat mewakili visi yang sangat berbeza untuk ekonomi UK, para pedagang tidak benar-benar melihat suatu perbezaan yang terlalu besar untuk prospek Pound.
Walau bagaimanapun, seandainya David Cameron terus kekal pasaran berkemungkinan akan melihat kesan yang lebih besar apabila UK menghampiri EU referendum. David Cameron telah berjanji untuk mengadakan referendum bagi UK keluar dari EU seandainya beliau menang.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni