Pound Dollar merudum lebih 170 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5370 untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5190 sebelum menutup sekitar paras 1.5270; selepas pengguna meramalkan kenaikan harga dalam masa terdekat. Pasaran perumahan juga menunjukkan peningkatan mengenai ekonomi UK. Apabila pasaran buruh bertambah baik, dan landskap politik kembali stabil, keyakinan pengguna meningkat.
Ini membawa kepada peningkatan perbelanjaan dalam sektor runcit dan perumahan. Dengan kenaikan harga rumah dan gaji, tidak lama lagi ia boleh memaksa pembuat dasar untuk menaikkan kadar pinjaman utama, sekaligus menolak mata wang UK ke paras yang lebih tinggi. Bank of England telah mengekalkan kadar pinjaman utama pada 0.5%, tidak berubah daripada mesyuarat yang lalu dan selaras dengan anggaran.
Sejak krisis kewangan, kadar pinjaman utama telah terikat di paras yang terendah dalam sejarah. Walaupun ekonomi mengukuh, pembuat dasar kewangan menentang kenaikan kadar pinjaman untuk merangsang inflasi. Ini adalah kerana ketika ini inflasi UK berada dibawah sifar dan sebarang kenaikan “interest rate” hanya akan merencatkan pertumbuhan aktiviti ekonomi.