Pound Dollar terus merudum untuk hari kedua, dengan kejatuhan lebih 120 pips Rabu semalam dan mencapai paras terendah harian sekitar 1.5330, sebelum menutup sekitar paras 1.5360; setelah bajet UK dibentangkan dan data pengeluaran industri dan pembuatan, disamping sektor perkhidmatan dilihat bercampur-campur, sekaligus memberikan pasaran membuat spekulasi masa kenaikan “interest rate” oleh Bank of England.
Pelabur mata wang yang sedang menunggu kenyataan bajet daripada menteri kewangan British George Osborne, menjangka pengurangan perbelanjaan kebajikan sebanyak £12 bilion. Para pedagang berkata sebarang pengetatan dasar boleh menolak kembali jangkaan kenaikan “interest rate” British dan memberati Pound.
Satu lagi isyarat kepada ekonomi UK, dan sama ada bank pusat Britain mungkin bertindak tahun ini atau awal tahun depan; ialah maklumat terkini dari Institut Ekonomi dan Sosial Penyelidikan, sebuah badan pemikir bebas, yang membuat ramalan GDP yang bakal dilaporkan Selasa minggu depan.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni