Pound Dollar yang jatuh lebih 80 pips pada pagi sesi Eropah Isnin semalam, kembali mendapat permintaan apabila sesi New York dibuka dengan pacuan melebihi 135 pips, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5360 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar 1.5345; walaupun tiada sebarang berita ekonomi dari UK. Spekulasi mengatakan pasaran mungkin mula memberi reaksi kepada saranan IMF terhadap Federal Reserve Amerika Syarikat.
Sebelum daripada itu, sterling juga terjejas sejak beberapa minggu lalu oleh data ekonomi yang lemah daripada jangkaan, yang telah menimbulkan persoalan mengenai kemampanan pemulihan ekonomi UK. Tinjauan pengurus pembelian minggu lalu bagi sektor dominan di UK, sektor perkhidmatan menunjukkan pertumbuhan yang mengalami kelembapan yang paling teruk dalam masa hampir empat tahun pada bulan Mei. Kemudian, diikuti data GDP minggu itu yang mengecewakan jangkaan semakan semula bagi suku pertama.
Hari ini UK bakal melaporkan data defisit dagangan yang dijangka mengurang dari £10.1 bilion kepada £10.0 bilion dan malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan peluang pekerjaan dalam pasaran buruh yang dijangka menokok kepada 5.03 juta daripada 4.99 juta sebelum ini.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni