Harga emas susut lebih $7.20/oz Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,068.20/oz sebelum menutup sekitar paras $1,070.10/oz; setelah ramai trader keluar dari pasaran, manakala terdapat juga yang membeli atas permintaan ‘safe-haven’ menjelang cuti panjang. Emas telah memacu naik sehingga 2.5% dari paras terendah minggu lalu, yang juga sekitar paras terendah sejak awal tahun 2010, selepas Federal Reserve AS mengumumkan kenaikan kadar pertama dalam hampir satu dekad, sekaligus meningkatkan ketidakpastian terhadap kenaikan kadar selanjutnya.
Selain daripada kekuatan Dollar AS, trend harga emas telah kekal lemah dipercayai kerana sebab untuk memiliki emas – sebagai pelindung nilai terhadap inflasi – telah dikatakan tidak wujud berdasarkan faktor minyak mentah yang telalu murah. Walaupun dengan minyak mentah dikeluarkan daripada faktor persamaan, inflasi masih kekal stabil. Walaupun trend harga jangka masa terdekat untuk emas didorong oleh sentimen, dalam jangka masa panjang harga emas dipacu oleh beberapa faktor penting.
[adrotate group=”6″]
Faktor tersebut adalah gabungan Dollar AS dan inflasi; secara khusus, Dollar AS yang kuat dan inflasi yang lemah mengekang harga emas, manakala Dollar AS yang lemah dan inflasi yang tinggi akan mendorong harga emas ke paras yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, risiko geopolitik juga memainkan peranan dalam naik turun harga emas, walaupun ianya lebih bersifat tidak menentu dan di luar jangkaan seperti peperangan dan gempa bumi atau tsunami.