Dollar CAD terus memacu naik 130 pips, untuk mencapai paras tertinggi yang dicapai pada Januari lepas, sekitar 1.2798, Rabu semalam; selepas pasaran dipenuhi spekulasi kenaikan “interest rate” AS seawal Jun ini. Ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran USD|CAD berada dibawah pivot harian – sekitar 1.2735 – dan sedang berdepan dengan resistance mingguan – sekitar 1.2770 – dan bulanan – 1.2800
Minyak mentah terus menyusut hampir $2 setong, untuk mencapai paras terendah sekitar $47.31 sebelum menutup pada sekitar $48.41; sedikit diatas pivot harian sekitar $48.25 Minyak mentah secara rasmi, telah berada pada fasa uptrend sejak 5 minggu lalu di carta mingguan, dengan pembatalan pada sekitar $44.38 Harga yang dijangka terus menstabil, menampakkan kejayaan OPEC dalam menangani masalah kejatuhan harga.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi, yang bakal dilaporkan oleh Kanada hari ini, Dollar dijangka terus menguasai pasaran; terutamanya dengan “retail sales” yang dijangka meningkat dari -0.8% kepada 0.3% dan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 320 ribu kepada 305 ribu pemohon.