Dollar CAD melonjak lebih 90 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3310 sebelum menutup sekitar paras 1.3260; setelah pasaran semakin menumpukan perhatian kepada mesyuarat FOMC minggu ini yang dikatakan akan menaikkan kadar AS kepada 0.5%
Pasaran Kanada memulakan hari dengan data Statistik Kanada yang menunjukkan harga rumah baru meningkat pada bulan Julai. Indeks Harga Perumahan Baru mendedahkan peningkatan harga sebanyak 0.1% pada bulan Julai. Peningkatan ini kebanyakannya didorong oleh pembinaan rumah baru di Toronto dan Vancouver, di mana harga meningkat sebanyak 0.3% pada bulan yang sama.
[adrotate group=”6″]
Di Amerika Syarikat pula, laporan pekerjaan yang positif sekali lagi menaikkan spekulasi sama ada Federal Reserve AS akan menaikkan kadar minggu ini. Data terkini tuntutan pengangguran mingguan juga, menunjukkan kejatuhan sebanyak 6 ribu minggu lepas. Jika bank pusat AS menaikkan kadar, ini akan meletakkan tekanan segera terhadap dolar Kanada.