Dollar CAD yang telah merudum sejak Isnin lalu sehingga mencapai paras terendah sekitar 1.1920 Khamis semalam, kembali memacu naik lebih 80 pips pada sesi dagangan New York sebelum menutup sekitar paras 1.1980; terkesan dari data perumahan Kanada yang dilaporkan tiada peningkatan, berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.2% sama seperti sebelumnya.
“Walaupun mencapai paras tertinggi baru-baru ini, loonie kini telah hampir memenuhi julat tahun ini, dan berada di mana ia bermula pada 2015” kata Ketua Ekonomi BMO Nesbitt Burns, Douglas Porter. Itu sudah tentu satu berita baik untuk pelancong Kanada yang menuju ke selatan, dan seharusnya meringankan beban daripada harga barangan import yang tinggi sejak kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah berita yang terbaik bagi para pengeksport Kanada, kerana produk akan menjadi lebih mahal apabila dijual ke Amerika Syarikat. Amerika Syarikat yang merupakan rakan dagangan terbesar Kanada, mengimport kira-kira $346 bilion nilai barang-barangan dari makanan hinggalah kepada peralatan musik pada tahun 2014 daripada jirannya itu.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni