Dollar CAD yang menutup sekitar 1.2453 di atas pivot bulanan – 1.2380 – Rabu semalam, menunjukkan Dollar yang masih mendapat permintaan berbanding “loonie” walaupun minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat menyatakan kelewatan dalam kenaikan “interest rate”. Ini berikutan spekulasi pasaran, bahawa Bank of Kanada bakal menurunkan “interest rate” lagi dalam mesyuaratnya 4hb March akan datang.
Harga minyak mentah jatuh sekitar $3 untuk mencapai paras terendah sekitar $50.28 setong Rabu semalam; dan ketika artikel ini ditulis, harga telah pun berada dibawah pivot mingguan – sekitar $51.55 Minyak mentah yang merupakan antara eksport terbesar Kanada banyak mempengaruhi nilai tukaran USD|CAD, ekoran harga minyak yang didominasi US Dollar.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada, Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran terutamanya dengan “unemployment claims” AS yang dijangka mengurang dari 304 ribu kepada 293 ribu pemohon; dan “retail sales” Kanada esok Jumaat, yang dijangka menguncup kepada -0.4% berbanding 0.4% menjadikan “loonie” hilang tarikan.