Dollar CAD yang jatuh lebih 135 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, kembali memacu naik lebih 200 pips untuk mencapai paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 1.3355 sebelum menutup sekitar paras 1.3335; setelah dolar kembali pulih ekoran Bank of China yang menyuntik kecairan tambahan kedalam pasaran.
Sebelum daripada itu, apabila indeks Dow Jones dibuka untuk perniagaan di Amerika, permintaan global untuk aset ‘safe-haven’ menjadi benar-benar jelas – Indeks petunjuk pasaran ekuiti Amerika itu menjunam 1089 mata – penurunan yang terbesar pernah ditunjukkan pada pembukaan. Sementara itu, menyeberangi Atlantik, bursa terkemuka di Eropah mengikuti jejak Amerika dan meneruskan kejatuhan.
Destinasi untuk penanda aras indeks FTSE 100 London menutup di bawah 6,000 mata buat kali pertama sejak awal tahun 2013. Kejatuhan sebanyak 4.6% dalam sehari untuk FTSE tenggelam oleh kerugian yang lebih besar di bursa-bursa benua Eropah. Punca kejatuhan ini adalah mudah – penghindaran risiko dalam skala yang besar-daripada pelabur yang takut akan kelembapan yang semakin ketara dalam aktiviti ekonomi China.
Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !