Dollar CAD yang menyusut lebih 40 pips pada sesi Asia Rabu semalam, kembali memacu naik lebih 95 pips sepanjang sesi Eropah untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2490 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 1.2450; setelah Dollar terus mendapat permintaan walaupun Bank of Canada membuat keputusan untuk mengekalkan “interest rate”.
Bank of Canada mengekalkan “interest rate” pada 0.75% Rabu semalam, dan mungkin untuk beberapa bulan akan datang, bagi melihat jika jangkaan untuk separuh kedua yang lebih kukuh akan membuahkan hasil, menurut pakar ekonomi yang dibanci WSJ. 5 dari mereka menjangkakan tiada perubahan sehingga June 2016, 2 pula menjangka kenaikan, 2 lagi menjangka penurunan dan 1 melihat penurunan sebanyak 2 kali dalam tempoh itu.
Pandangan yang berbeza ini mencerminkan dua isu besar yang sedang dihadapi oleh bank pusat Kanada: memandangkan minyak mentah adalah eksport terbesar Kanada, banyak manakah kejatuhan harga minyak akan merudumkan ekonomi domestik; dan kekuatan ekonomi Amerika Syarikat, yang akan memainkan peranan yang penting dalam menentukan jika Canada boleh meningkatkan eksport selain daripada minyak.
[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://intraday.my/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]