Dollar CAD yang terus memacu lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, jatuh merudum lebih 80 pips sepanjang sesi Amerika Utara untuk menutup sekitar paras terendah 1.2535; setelah data NFP Amerika Syarikat disiarkan meleset dari jangkaan, dengan pertambahan 223 ribu pekerja berbanding 231 ribu jangkaan. Data NFP sebelum in juga dikemaskini kepada lebih rendah dari 280 ribu kepada 254 ribu pekerja.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus jatuh dibawah $60 setong kepada sekitar $56.70 ketika artikel ini ditulis. Kanada walaupun bukan anggota OPEC, mempunyai simpanan minyak yang besar, yang juga merupakan antara eksport terbesarnya. Kejatuhan harga minyak sepanjang tahun lepas, banyak mempengaruhi ekonomi negara burung “loonie” tersebut, yang menyaksikan banyak syarikat berasaskan minyak dan gas memberhentikan pekerja mereka bagi mengawal kos operasi.
Pasaran Amerika Syarikat yang bercuti hari ini sempena Hari Kemerdekaan AS esok 4 Julai, dijangka menyebabkan pasaran dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni