Dollar CAD yang membuka dengan sekitar 20 pips ‘gap-up’ Isnin semalam, susut untuk menutup ‘gap’ sebelum kembali memacu naik lebih 100 pips, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2410; selepas Dollar AS bangkit lepas terkesan dari data yang kukuh dan terus mendapat permintaan apabila perdagangan selamat terus menolak mata wang Amerika itu setinggi 1.2425 hari ini.
Keyakinan pengguna di Amerika Syarikat berada di paras yang baik mengikut laporan terkini Reuters/Michigan. Kaji selidik yang mendapat banyak perhatian itu menunjukkan sentimen pengguna yang meningkat kepada 96.1 bagi bulan yang dilaporkan lepas. Ini adalah jauh lebih baik daripada konsensus ramalan pada 94.6. Kenaikan yang tidak dijangka itu adalah disebabkan oleh harga yang lebih rendah dan ketersediaan terus pinjaman yang masih murah. Pengguna juga yakin dengan prospek masa depan pekerjaan dan ekonomi secara umum.
Malam nanti Kanada bakal melaporkan GDP bulanan yang dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada 0.1% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan ‘consumer confidence’ yang juga dijangka bertambah baik dari 95.4 kepada 97.1
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni