
Permintaan untuk Dollar yang terus menerus meningkat sepanjang tahun 2014, ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve, menjadikan matawang lain hilang daya tarikan, walaupun kenaikan itu tidaklah sebanyak mana berbanding yang dibayar oleh bank-bank Australia dan New Zealand. Para penganalisa menjangkakan kenaikan “interest rate” AS hanyalah sekitar 0.25% menjadikannya 0.5% berbanding 2.5% oleh Australia dan 3.5% oleh New Zealand pada masa ini.
Keadaan ini mendorong pengurus dana dan pelabur membeli lebih banyak aset dan menambah pelaburan di kedua negara ini lantaran “Aussie” dan “Kiwi” yang lebih murah dan membayar “interest” yang lebih tinggi. “Loonie”, “Aussie” dan “Kiwi” adalah 3 matawang utama berasaskan komoditi yang nilainya banyak dipengaruhi oleh harga komoditi seperti galian, logam, bijirin dan bahan makanan.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka “ranging” dalam dagangan tipis.





















































