Dollar CAD berada dalam dagangan tipis dan ‘ranging’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips, dari paras tertinggi sekitar 1.2506 ke serendah sekitar 1.2435; sebelum menutup pada sekitar 1.2480, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|CAD untuk berlegar-legar sekitar pivot hari ini, 1.2475 ketika artikel ini ditulis. Pivot mingguan yang baru adalah pada sekitar 1.2565
Di pasaran komoditi, minyak mentah kembali memecah harga siling $50 setong, selepas satu laporan dari Goldman Sachs mengatakan ia melihat potensi untuk minyak meningkat lebih dari jangkaannya, $40 setong dalam masa 3 bulan akan datang. Minyak mentah melonjak lebih 5%, apabila para pedagang mula membuat penilaian semula, selepas Iran dibenarkan untuk kembali mengeksport minyaknya. Arab Saudi juga didapati menaikkan harga eksport minyaknya ke Asia.
Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Kanada hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran, terutamanya jika data “consumer credit change” Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan. Kredit pengguna AS dijangka bertambah dari $11.56 bilion kepada $13.5 bilion, menunjukkan aktiviti ekonomi yang meningkat.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni